Followers

Vitamin Penting Untuk Lelaki & Wanita

Ramai yang skeptikal terhadap pengambilan vitamin ni… sebanarnya ramai yang tak mengetahui tugas2 vitamin yang sebenar… ada juga yang mengambil vitamin tanpa ilmu, maka terjadilah overdose, ketagihan dan sebagainya, terutama jika vitamin yang diambil adalah dari jenis sintetik.

Vitamin bukanlah semata2 untuk mengubati selesema, kulit kering dan sebagainya, ia adalah untuk (merujuk kepada multivitamin dan vitamin2 asas):
  • Mencegah stress
  • Antioksidan sebagai penjaga sel dan mencegah kerosakan sel
  • Menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
  • Memberi tenaga yang optimum dan mencegah kelesuan
  • Menjaga sistem saraf
  • Mengawal hormon
  • Memberi kerehatan kepada tubuh

Perlu Ke Vitamin ?

Pernah tak dengar kata-kata yang macam ni?

"Perlu ke saya ni amik vitamin? Saya sihat je...Tak makan vitamin pun tak apa."
"Ala...vitamin tu bukan keperluan pun. Lagipun mahal la...Baik beli benda lain."

Dan banyak lagi la pandangan orang pasal makan vitamin atau nama lain yang orang selalu panggil, supplement.

Tapi hakikat yang perlu kita ambil tahu dan pentingkan, vitamin sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan kita...apatah lagi untuk ibu yang menyusukan anaknya. Tak kira la sumber vitamin itu samada daripada pemakanan harian atau produk kesihatan (supplement) yang melambak di pasaran. Namun satu lagi perkara yang perlu kita concern sekiranya ambil supplement adalah samada supplement itu adalah supplement semulajadi, atau berasaskan bahan kimia semata-mata.

Kenapa ye ibu menyusu perlukan vitamin?
  • Supaya badan ibu sustained untuk menyalurkan zat dan khasiat ke dalam susu ibu kerana anak yang menyusu memerlukan khasiat dan zat untuk membesar.
  • Pemakanan tidak seimbang berikutan ramai ibu-ibu berkerjaya dan trend semasa (i.e tak suka makan sayuran tapi lebih kepada lauk ikan atau ayam semata, suka makan fastfood etc).
  • Membekalkan ibu tenaga dan kesihatan yang baik supaya dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih baik...yela, sekarang kan ramai working mom...mana nak kerja di pejabat, mana nak buat kerja-kerja rumah, mana nak layan suami, mana nak layan anak-anak lagi.
Jadi, amat-amat penting ibu mengamalkan pengambilan vitamin supaya susu dapat dibekalkan secara berterusan dan penuh nutrisi. Ibu sihat, anak ceria :)
 



 

Kurus Dengan Omega Guard

Inilah dia produk yang boleh maintain berat badan ~ ibu kelihatan lebih langsing dan juga selamat pada bayi..juga sebagai tambahan adanya alfalfa sbg galagtague (penggalak susu).
  

Apa pula peranan Omega dalam pengurusan berat badan?

Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak politaktepu yang penting untuk tubuh. Asid lemak Omega-3 terdapat dalam Omega Guard manakala Omega-6 terdapat dalam GLA Complex.

Omega-3 dan Omega-6 diperlukan oleh tubuh untuk penghasilkan eicosanoids. Eicosanoids adalah sejenis bahan yang dinamakan super hormon yang berperanan menggerakkan semua hormon dalam badan.

Eicosanoids berperanan dalam sistem penghadaman dan penyimpanan lemak. Omega-3 dan Omega-6 pula membantu melancarkan proses pembakaran lemak.

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids 

Ok, Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??
 
Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR 

OsteMatrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Kenapa dalam ostematrix ni mengandungi vitamin D, magnesium, boron dan zink juga? Sebab tu la istimewanya Shaklee OsteMatrix ni..ia bukan sekadar kalsium. Tujuan adanya vitamin D ialah untuk menyokong penyerapan kalsium, manakala wujudnya magnesium ni adalah untuk memudahkan penyerapan kalsium, boron untuk membantu tubuh menyerap magnesium. Dan zink,copper,manganese adalah enzim-enzim yang aktif.

Penggunaan hanya 2 kapsul ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam satu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

Omega Guard

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega3 ultra tulen yang penting. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. 

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Kulit Cantik Dengan Vita C & E

Kelebihan Vitamin untuk kulit, jom baca...



Vitamin C

Juga glemer sebagai Vitamin Cantik, ia adalah ejen detox yg baik utk mbuang toksin dan juga antioksidan mhapuskan radikal bebas. Dengan terhapusnya radikal bebas, maka lebih mudah utk Vitamin Cantik ini mbantu dlm pembentukan kolagen.





Vitamin E

Adalah vitamin utama untuk menyegarkan kulit yg juga glemer sebagai Vitamin Cinta ! Vitamin E mjadikan kulit lebih lembut dan gebu. Ia btindak sebagai antioksidan dan mbantu mhapuskan radikal bebas dalam badan. Dos yg disaran utk Vitamin E adalah 400iu



































Sebarang pertanyaan bole PM me di FB Syahrina For You atau Whatsapp 012-4782 415

Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Saya pun inginkan badan yg langsing dan selim melim, so sy dah bercerita mengenai Herb Lax, Lecithin dan Cinch Shake...So hari ni sy bceloteh untuk yg terlalu selim dan ingin naikkan berat badan yg ideal..anda hanya perlu mengambil MealShake, B Complex dan Vitalea mengikut jadual yang telah disediakan. 
 
Pagi (Sarapan) :

Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2..janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu Mealshake)
mkn bcomplex (1iji).vitalea 1 biji(dgn plain water

In Between Sarapan dan Lunch :

Makan roti, Minum susu 1 gelas

Siang /lunch:

Makan siang yg bergizi seperti biasa-nasi plus lauk ayam/ikan/daging..takyah byk2..

Tea time :

Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam

(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi +lauk..sikit2 pun takpe..takyah byk2.janji mkn)..mkn Vitalea 1 biji lagi

10 menit sebelum tidur :

Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas
(bancuh 1 sudu Mealshake)

Vitamin B complex - 
mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
MealShake - 
membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.
Vitalea - 
Multivitamin yg membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

Cinch ~ Kurus dan Sihat

* Adakah anda makan makanan yg sihat setiap hari ?

* Adakah anda makan secara tidak teratur ?
 
* Adakah anda gemar memakan makanan ringan ?
 
* Adakah anda rasa sukar utk mengambil makanan yg sihat kerana sibuk ?

Inilah penyelesaian, merupakan cara mudah utk mengekalkan berat badan ideal di samping rasaya yg lazat ..♥ ♥


Terdapat dalam 3 perisa, Cafe Latte, Chocolate dan Vanila 









 

Supplement ~ Kenapa Kita Perlu....

Kenapa anda perlu mengambil vitamin..berikut adalah faktor2 yg menyumbang....jom baca...

 Kesibukan kerja yang menyebabkan stress akan menggangu sistem badan kita dr bfungsi dgn baik..

 Pemakanan harian kita yg tak terkawal.

 Pengambilan kafein yg berlebihan akan mengganggu serapan nutrisi dari makanan kita.

 Cara memasak juga mpengaruhi kehilangan nutrien dlm makanan harian kita.



Family Wellness Program

Program kesejahteraan Shaklee memberikan nutrien yg bkhasiat utk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan btenaga..

Kebaikan :

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih btenaga
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat utk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yg sihat.

Apa itu MealShake ?

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
 

MealShake ~ Apa Yang Istimewa ?

Untuk makluman semua, Mealshakes ialah makanan tambahan yang rendah lemak, dimana ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral, protein, fiber dan juga kalsium, yang penting untuk tumbesaran anak-anak, rendah lemak dan rendah glisemik. Pilihan protein soya terbaik anda. Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Apa istimewanya Mealshakes?
  • Dapat meningkatkan selera makan anak
  • Meningkatkan sistem imun anak, jadi anak jarang dijangkiti demam atau selsema
  • Jika anak demam / selsema, lazimnya lebih cepat sihat dari biasa
  • Dapat mengurangkan eczema di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa
  • Mencantikkan struktur kulit
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan
     
Rata-rata pengguna yang telah mencuba mealshakes sangat berpuas hati dengan kesannya. Menurut mereka, anak mereka yang dulunya susah sangat nak makan, kini selera makan bertambah, malah asyik minta makan jer.. dan lagi, anak-anak juga jarang demam dan lebih sihat berbanding dulu...

MealShake ~ Hidangan Terbaik Utk Eczema

Antara sebab utama Eczema adalah faktor keturunan, faktor pemakanan, emosi dan alahan terhadap sesuatu bahan seperti sabun, asap rokok dan sebagainya.Untuk mengatasi dan mengurangkan gejala eczima, saya menggalakkan dan mengesyorkan pengambilan Mealshake sebagai makan tambahan.

Mealshake mampu mengurangkan masalah Eczima dengan membantu membaik pulih sel-sel dalam badan agar sihat dan sempurna. Penghidap Eczima lazimnya mengalami pertumbuhan yang abnormal. Justeru, pengambilan Mealshake dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi dan jika diamalkan secara konsistan, ada yang sembuh dari eczima sepenuhnya

Mealshake boleh diambil oleh kanak-kanak dari usia setahun sehingga ke peringkat dewasa. Dan Alhamdulillah, ramai penghidap Eczima memberi testimoni yang baik selepas mengambil produk ini.

Kegunaan selama 2-3 bulam, bergantung pada mengambilannya. Selain dapat mengatsi Eczima, Mealshake juga sangat bagus untuk kanak-kanak yang kerap demam, selsema dan menghilangkan parut dan kesan gigitan di badan. Mealshake juga telah terbukti dapat mengembalikan semula selera anak anda, bg kanak-kanak yang kurang selera makan. Segalanya untuk si manja tersayang.
(credit to ummiain)


MealShake ~ Tips Utk Anak Yg Susah Makan

Anak manja saya Irfan memang sangat memilih untuk makan..dan tak mkn sayur LANGSUNG !! Adik nya Qaisara memang vegetarian lah pulak...hihi..tapi ke 2 nya mmg mkn dlm kuantiti yg sedikit.. Kemudian sy cuba MealShake Shaklee, masuk kan 1 scoop dlm susu harian anak2 sy....Alhamdulillah, Irfan makan skang ni, minimum 2 pinggan.hihi adik nya pun skang dah bole abis kan 1 pinggan..kira ada peningkatan la...mmg puas hati....

Di kongsikan sedikit tip untuk anak yg susah makan (credit to blog babykawaistore)
  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil makan. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tempat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Kedua anak sy mmg jarang mkn di meja makan, sbb lebih suka bersantai di depan TV layan kartun kegemaran masing2.Kadang2 saya dan suami pn angkat pinggan mkn sama2 depan tv (psstt : klu cite best la..hik hik) .Yang pasti anak2 sy akan habiskan juga makanan walaupun perlahan sebab kusyuk layan kartun...Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.

Berpuasa ~ Menurunkan berat badan dan shape up

Sudah seminggu kita berpuasa..dah macam2 juadah cuba setiap hari..banyak lagi yang dalam list nak cuba ni.. Ramai yang plan nak kurus, turun berat badan bulan puasa ni, ramai juga yang tambah berat badan....

Sambil berpuasa, supplement yang betul mampu mengekalkan tenaga seharian dan mampu menggalakkan proses Shape Up/membentuk badan @ menurunkan berat badan. Ada orang yang menjaya membentuk badan namun bila di timbang berat masih sama. Ini kerana tempoh masa lebih lama diperlukan. Namun, bila diukur, ukuran pinggang atau paha berkurangan. Thats a good sign!


Supplement membantu boost up proses membentuk badan atau mengurangkan berat badan jika diambil dengan cara yang betul. Senaman masih boleh dilakukan walaupun berpuasa demi mengekalkan kadar metabolisme. Ketika berpuasa, badan berehat selepas sepanjang tahun bekerja. Ketika tiada makanan diproses, kedar metabolisme turut menurun. Janganlah kita asyik tidur tanpa aktiviti berfaedah, kerana makin susahlah proses penurunan berat nak berlaku.

Apa supplemen yang dicadangkan untuk Shape Up?

Lecitin berupaya memecahkan lemak dan menyerap zat dari vitamin larut lemak A,D, E dan K.
 
Herb Lax julap lembut dan melancarkan tindak balas pembersihan semulajadi badan dan menggalakkan pergerakan usus.

Cinch Shake Mix mengandungi protein, serat, multivitamin dan mineral. Jadi protein dapat membantu membakar kalori, meningkatkan kadar metabolisme dan memberi rasa kenyang. Leusin membantu mengekalkan otot semasa penyingkiran lemak.

Tips:

Selepas berbuka, makan sedikit demi sedikit dan kunyahlah hingga lumat seperti mengikut sunnah nabi. Begitu juga minum air. Jangan terus minum air banyak.


 OK pm me for order ya..sempat lg ni....ada lg 22 hari kita berpuasa....

Zinc ~ Apa yg Perlu Anda Tahu

17 kebaikan supplement Zinc Shaklee

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Saya juga mbekalkan Zinc Complex untuk ayah saya setiap bulan, Alhamdulillah katanya, badan makin cergas...seronoknya dgr...ye la ayah saya dah pencen pn 7 tahun yg lalu....love u abah !! Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc...

 1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna


3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.


8. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan


9. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Penting nya Zinc ni dlm kehidupan seharian kita, jadi apa lagi. Contact saya untuk order ya...    

Semangat Nak Kurus

Hari ni sambil dok PM semua customer untuk update cara pemakanan di bulan puasa, ada sorang customer reply..Masneh adalah ibu yg agak baru melahirkan dan mhadapi masalah berat badan tidak turun selepas habis pantang...
 
Masneh : Sis, sy dah turun 4kg !!
Saya  : Alhamdulillah,..keep it up ya...
Memang sgt excited la customer ni sbb dia mmg regular customer sis, dan mmg sll mencuba bole kata ke semua produk pelansingan lain..

Ok, jom sis share apa yg Masneh amik.....


  1. Herb Lax ,
Kebetulan Mas sudah tidak menyusu badan jadi sis cadangkan dia mengambil Herb Lax untuk detox kena cuci dulu saluran usus yg dah berkerak tu..supaya lancar pembuangan...

2. Cinch Shake (Vanila)
Protein sebagai ganti meal harian.mbuatkan perut sentiasa kenyg...so x ada la asyik pikir nak makan je..hihi

3. Lecithin
Untuk melarut lemak yang telah di bakar oleh Cinch dan Herb Lax. menolak ke luar dan mbuang sume sisa toksin dan buangan yg tidak diperlukan oleh badan kita...

Note : Lecithin bole di ambil oleh ibu menyusu utk menurunkan berat badan.

Bole pm sis jika bminat.
Whatsapp - 012-4782 415
FB Page - Syahrina For You
E-mail - littleshop2012@yahoo.com

Khasiat VITAMIN E


· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.


· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

· Merendahkan kadar kolesterol.

· Membantu mencegah kanser.

· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur, anemia.

kite patut milikinye!!! sangat best khasiatnye,,.. dari hujung kaki sampai hjg rambut... VITAMIN CINTE lagi! owesome laaa...

MealShake ~ Untuk Ibu Menyusu & Berpuasa

Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting

  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

Lecithin

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
1.   PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
- Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
- Membantu mengawal paras triglycerides
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat dipembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. IBU MENYUSUKAN
 

Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
    •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
    • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
    • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
    • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
    Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.



2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, 
penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, 
maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah 
lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3.   UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin 
ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
-Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4.   UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil hempedu daripada kolesterol
- Amat penting untuk proses penghadaman

5.    UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
- Kolin & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron (sel saraf) dan semua sel-sel tubuh  badan 

6.   UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier/Pemecah Lemak “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
- Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama ESP dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
-        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak begitu berkesan 
MENGAPA SHAKLEE 
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
                   47 mg phosphatidylinosito

Credit : Azrina & Farah wahida

Khasiat Vitamin E

 Vitamin juga bole di buat masker sebelum tidur, anda akan bangun dengan lebih yakin dan kulit yg lebih gebusss....


Gout & SHAKLEE

GOUT, bagaimana Shaklee dpt mbantu anda...

Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Fiber - menyerap ke semua lebihan asid urik, gula , lemak dan segala yang tidak diperlukan dari badan disingkirkan melalui perkumuhan.

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


 

ESP

Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

♥ Energizing Soy Prote
in membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jamselepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

♥ Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

♥ Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

♥ Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

Khas untuk anda, inilah sedikit FAQ mengenai ESP & Protein…

1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protin soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protin sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protin dan pengambilan protin menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protin namun ada kadar yang minimum.Kedua-dua bangus untuk mempercepatkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua2nya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.

3. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.

4. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.

5. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya + Vanila

6. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.

7. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.

Supplement Di Bulan Puasa

Siapa yang perlukan vitamin2 ini?

1) Ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehar
i… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

2) Ibu yang baru mula nak menyimpan stok susu atau mempunyai stok susu yang sedikit.

3) Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam.

4) Ibu yang sedang relaktasi atau induce relactation.


 Berminat? Hubungi saya untuk tempahan sekarang.

Vitamin Kegemaran Ibu2 Di Bulan Puasa

Vitamin Kegemaran Ibu2 Di Bulan Puasa

Vitamin2 tersebut adalah terdiri daripada Vitalea, Alfalfa, Vitamin C, B Complex, ESP dan Ostematrix.
Secara ringkasnya peranan atau fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:


B Complex - untuk keperluan pertumbuhan otak dan emosi. Berdasarkan testimoni yang didapati, ibu yang hati serta emosinya tenang serta ceria lebih mudah menghasilkan susu.


Vitami
n C - fokus kepada sistem imun badan. Selain itu, ibu juga turut mendapat bonus kerana Vitamin C merupakan komponen penting pembentukan kolagen.

Vitalea - merupakan multivitamin lengkap dengan 28 nutrient penting termasuk 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh.

Alfalfa - sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Ostematrix - merupakan formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia membantu ibu supaya cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

ESP
- membekalkan 14 gram non-GMO protein soya berkualiti tinggi dilengkapi dengan semua asid amino perlu termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Sama seperti Alfalfa, ESP juga sangat2 membantu menggalakkan penghasilan susu.

Selain itu, ESP juga berfungsi supaya dapat berpuasa dengan lebih bertenaga. Saya juga amalkannya dan saya sukakannya. Walaupun berpuasa, saya tak lah melepek je sepanjang hari :D

Kesuburan Bersama Supplement Shaklee

Di sini Ina nak kongsikan cadangan supplement utk kesuburan, InsyaAllah ..dengan izinNya..kerana usaha adalah lebih baik dari menyalahkan keadaan sahaja.....
Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Multivitamin  memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.
Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 
Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.
Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.
Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.
Gabungan nutrien di atas memberikan anda harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya...InsyaAllah..

GLA --> Kesuburan

GLA adalah sejenis asid lemak omega 6. Oleh kerana omega 6 tidak boleh dihasilkan oleh badan, maka kita perlu mengambil supplement sebagai cara untuk mendapatkannya. GLA Shaklee ini terhasil dari 'borage oil' yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Kita hanya berusaha, Dia yang menentukan,tidak salah mencuba bukan.

Dalam pada mencuba tu sudah ada pengguna yang mengambil GLA untuk kesuburan ternyata mendapat hasil positif. Tahniah kepada 2 rakan kita yang telah berjaya mengandung! Tumpang gembira dan syukur tidak terhingga!
Credit to blog Wfatihanum
 
Perkongsian kegembiraan pguna GLA Complex SHAKLEE 
'Slm kak.sy nk kgsi brta y sgt mgmbirakn sy n suami.sy prgnt kak..tp sy blm pg bt scn ttp cyst sy tu.mdh2n cyst sy ni smkn plh.tp sy bnr2 xmygka sy prgnt kak.ms y dh lm sy tgu.nk tny,gla tu blh sy truskn mkn k kak?msh ad 4bj lg.folid acid bgs mkn ms prgnt kan kak?

Customer ini juga mengalami cyst dan mengambil GLA Complex Shaklee untuk merawat cystnya. Tapi result untuk cyst belum lagi diketahui. Kita tunggu respon darinya bila beliau pergi scan nanti ye!Jika cyst ini juga hilang maka bertambah-tambah la syukur kerana dia mendapat 2 kebaikan dari GLA ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...