Followers

MealShake ~ Tips Utk Anak Yg Susah Makan

Anak manja saya Irfan memang sangat memilih untuk makan..dan tak mkn sayur LANGSUNG !! Adik nya Qaisara memang vegetarian lah pulak...hihi..tapi ke 2 nya mmg mkn dlm kuantiti yg sedikit.. Kemudian sy cuba MealShake Shaklee, masuk kan 1 scoop dlm susu harian anak2 sy....Alhamdulillah, Irfan makan skang ni, minimum 2 pinggan.hihi adik nya pun skang dah bole abis kan 1 pinggan..kira ada peningkatan la...mmg puas hati....

Di kongsikan sedikit tip untuk anak yg susah makan (credit to blog babykawaistore)
  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil makan. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tempat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Kedua anak sy mmg jarang mkn di meja makan, sbb lebih suka bersantai di depan TV layan kartun kegemaran masing2.Kadang2 saya dan suami pn angkat pinggan mkn sama2 depan tv (psstt : klu cite best la..hik hik) .Yang pasti anak2 sy akan habiskan juga makanan walaupun perlahan sebab kusyuk layan kartun...Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...